Si A dan si B suka sama suka. Kemudian si A sangat sibuk dengan kerjanya sampai kurang quality time dengan si B. Si B sangat bosan sepanjang masa tu. Ada la dalam setahun macam tu. Kawan2 si B ni pun sibuk dengan couple masing2. Nak diajak keluar pun ada saja alasan. Segan pulak si B nak kaco kawan2 dia. So, si B ni pun redha je lah. Buat lah apa2 yang boleh mengisi keboringan dia tu. Gi keje..balek keje..masak..makan..tgk tv..tido..Keluar pun sorang2. Kdg2 je si A teman. Tu pun sekejap je & awal2 dah bgtau tak boleh lama2. Ada byk keje. Serabut. Tapi kalo kuar minum dengan member2 boleh pulak, tak serabut pulak. Heran btol yer. si B ni memule paham la jugak dengan kesibukan si A tu. Tapi lelame tension gak dia. Orang lain bercouple bleh kuar gi jalan2 ke. makan2 jauh cket ke. si B tak merasa sangat dah camtu selama setahun tu. Mengalahkan org dah kawen plk. Org dah kawen pun ade gak gi dating skali sekala. ye tak? Bila byk tanya kena marah plk. tangan pun boleh naik jugak kalo angin si A tu tak baik. Kesian si B. Tapi nak buat mcm mana. Dah sayang. Terima jelah.

Lepastu, nak dijadikan cerita..si B ni suka kat si C. Si B cakap si C ni selalu buat dia senyum sokmo..gelak sokmo..layan si B baik2 mengalahkan si A layan si B.
Si C tau Si B dah ada Si A. Tapi kenapa dia nak layan gak Si B tu taktau la plk. Dia btol2 suka ke dia saja2 layan sebab boring ke taktaula kan. Si B yang kesunyian ni pun terpikat lah kat Si C yang caring and loving tu. Si C ni pun single lagi. Kawan punya kawan, macam org bercinta gak. Sms2..kuar sama2..
Si A still dengan life dan keje nyer. Tak sedar ape pun pasal si B yang dah happy dgn si C tu. Sebab Si A tu rasa dia dah dlm comfort zone kot. Dia pk si B takleh gi mana dah. Sebab dua2 saling sayang menyayangi. cewahhhh. Family pun dah sama2 kenal. Mak masing2 pun suka pada bakal menantu diorg.


Satu hari, Si B dah serabut kepala otak. Ahh sudah..! mana satu ni. Si A ke si C? Si A dah bertahun2 bersama. Si C baru je brp bulan. Tapi sekarang si C lg ok dari si A. Nak ditinggalkan si A, tak sampai hati. Nak pegi kat si C pulak, blom berapa nak yakin lagi. maklumlah baru lagi kan. Pk punya pk. Tanya punya tanya. Si B pun dengan nekad memilih si C. Sebab? Si C beri lebih perhatian pada ketika itu. Yang pada masa yg sama si A sangat tidak gentleman dan kurang beri perhatian pada si B. Akhirnya...putuslah ikatan si A dan si B. Dan Si B kemudian happy lah dengan life nyer bersama si C. Tapi kdg2 si B ada rasa menyesal sbb tgglkan si A. Macam membazir masa bertahun2 dengan si A tanpa kesudahan yang baik. Tapi si B tau..dia dah tak boleh berpatah balik. Sebab dia & si C dah betol2 serius.

Cuma..baru2 ni..si B mengalami conflict dalam dirinya. si A muncul semula dan tidak pernah serik untuk membuka tangan meminta si B kembali kepadanya. Si B bingung. Bumi sudah berputar seakan kembali ke suatu ketika dahulu di mana si A sibuk dengan kerjanya. Sekarang ni si C pula sibuk dengan kerjanya. Macam2 perasaan dalam diri si B. Sedih, bengang, marah, bingung, kecewa, menyesal, malu. Macam2. Si A pula muncul saat si B menghadapi kebosanan. Seperti dulu juga. Hati si B yang lembut sudah seperti mahu cair kembali kepada si A. Sesungguhnya perempuan memang mahukan perhatian yang kekal. Bukan bersifat sementara,

Tapi si B tidak sanggup untuk mengulangi
apa yang telah dilakukan dahulu kepada si A. Dia tak boleh buat begitu kepada si C. Si C tak boleh menerima apa yang telah si B buat pada si A. si B tahu dia tidak boleh meninggalkan si C hanya untuk kembali kepada si A. Mungkin Tuhan hendak tunjuk kuasanya. "What u give u'll get back". Mungkin semasa si A sibuk dengan kerjanya dulu si B perlu sabar dan sabar lagi, memahami sepenuhnya. Dugaan semata2. Tapi apakan daya. Terlajak perahu boleh diundur. Kini si B lebih menyayangi dan memerlukan si C daripada si A. Tidak adil sekiranya dia kembali kepada si A hanya kerana kasihan. Dan tidak adil juga untuk meninggalkan si C yang sedang berusaha menjalinkan suatu ikatan dengan si B.

Sekarang, hanya doa yang boleh si B pinta dari yang Maha Esa supaya diberi lebih kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kedua2 hamba Allah ini. Untuk menghadapi keadaan ini. Dan si B berdoa untuk diberi petunjuk memilih jalan yang betul. Yang baik untuk dirinya dan masa depannya. Sekiranya tidak dapat dibendung juga, mungkin si B akan menjauhkan diri dari kedua2 hamba Allah ini.


Si B sangat kuat bertarung dengan kesabaran pada ketika ini. Apa yang berlaku banyak mengajar si B untuk menjadi lebih matang dan berfikir secara rasional walaupun dia sering mengikut kata hatinya yang keras sekeras kerak nasi. Si B berharap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

0 comments: